Kerana Ini Langkah Pertamaku..! Hiyark!
Friday, 26 July 2013 , 0 Comment
In the name of Allah.
The most Gracious and most Merciful.
Assalamualaikum :)
Oyeah! *melompat
lagak seekor arnab putih yang gebu lagi montel*
Haritu saya ada terdengar mak cik Taylor Roti Swift bergosip
dengan jirannya, mak cik Demi Lova Motor.
Di paga ceria lagi nan indah…….
“Demi oii, nak pegi mano tu hah? Moh lah kita berborak kejap
ni hah.”
Kata mak cik Taylor Roti Swift sambil menutup pili air rumahnya.
Mak cik Demi Lova Motor yang ketika itu sedang menyarung
kasut tumit tinggi 15 incinya itu berpaling memandang mak cik Taylor Roti Swift,
jiran sebelahnya. Dengan langkah yang terkedek-kedek, mak cik Demi Lova Motor
bergerak menuju pagar yang memisahkan rumahnya dan rumah mak cik Taylor Roti
Swift.
“Tak ada pergi manalah kak. Sengaja mahu ambil angin luar
rumah dengan kasut baru saya ni. Lawa kan kak?”
Mak cik Demi Lova Motor men’show off’ kasut barunya yang
berwarna merah cili itu tanpa menyedari api cemburu si mak cik Taylor Roti Swift
yang sibuk membelek-belek kasut itu.
“Apa-apa sajalah Demi oii. Asal kau bahagia. Ni hah aku nak
cite dekat hang ni Demi. Hang tau dak belog baru dekat internet tu...? Alah apa
budak budak muda ni panggil... belog Niqabis Gangster tu hah. Hang tau tak?”
“Belog tu ke kak…? Alah tau sangat. Anak-anak saya, si Harry
Setail dengan Liam Painy tu selalu duk usha belog tu kak. Apa yang best sangat lah
dengan belog tu pot pet pot pet pot pet……”
Eh..? Anda pendengar gossip mak cik berdua itu jugakah?
Terima kasih melawat belog ini.
Potong bawang.
"Hai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan,
dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan.
Sungguh, ia musuh yang nyat bagimu."
[ Al-Baqarah : 208 ]
Allahu. Saya terinspirasi menghasilkan belog serba kekurangan ini pabila membaca ayat ini.
Saya? Seorang akhawat yang baru melangkah berdikit-dikit dalam gerabak dakwah dan tarbiyah ini.
Melangkah sedikit demi sedikit menuju ke arah Rabb yang Satu.
Ahad. Ahad.
Bila mengenangkan nasib diri yang lemah ini,
Terasa bertuahnya diri saya ini kerana sempat bertemu dengan mak cik Hidayah dari Allah.
Bukan bukan. Makcik Hidayah di sini bukanlah makcik yang menjual keropok lekor di lorong simpang tiga itu. Bukan bukan.
Hidayah di sini adalah nikmat Islam yang Allah anugerahkan.
Alahai! Ceweettt nya Allah ni.
Potong jari.
Kerana ini langkah pertamaku, jadi ku dahulukan langkah ini dengan lafaz
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Moga Allah reda dengan semua usahaku ini.
Angin bertiup sepoi-sepoi shiuhh shiuhh.
Awak......... jom masuk syurga sama-sama?
Touche :')
|
Disclaimer
Here , your short bio maybe . or blog rules or any greeting . up to you. please make sure you didn't remove the credit section. thank you Them
Help Me ?
|